KENALI BAKAL SUAMI JOJIE, KAKAK ELLA.. YANG BAKAL AKHIRI ZAMAN KESEORANGAN !



Akhirnya kakak Ella, Jojie yang berusia 50 tahun bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan usahawan, Syahrizal yang berusia 36 tahun. Bagi Jojie memetik Bharian, umur bukanlah penghalang, tapi restu keluarga itu lebih penting.

Pihak lelaki sudah pun merisik Jojie baru-baru ini, dengan mencadangkan tarikh pernikahan sebelum Ramadan dan resepsi selepas Aidilfitri.


"Faktor usia bagi saya bukanlah masalah untuk kami meneruskan niat murni ini. Walaupun jarak usia yang berbeza, Syah seorang yang matang dan tidak kebudak-budakkan.

"Kami berkenalan kira-kira setahun yang lalu apabila kami terbabit dalam sebuah acara membabitkan Ella dan saya pula perlu berurusan dengannya. Selepas beberapa kali berjumpa, kami mula akrab dan hubungan itu kemudiannya menjadi lebih serius.

"Selain itu apa yang membuatkan saya terpikat padanya kerana beliau seorang yang sangat menjaga solat. Dia sering mengingatkan saya mengenai solat, terutama sekali solat subuh. Saya memang mencari seorang yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan dan Alhamdulilah impian itu dimakbulkan," -Jojie









Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment