Terkini - Maya Karin Bijak Uruskan Wang Dalam Pelaburan Hartanah



Maya Karin Bijak Uruskan Wang Dalam Pelaburan Hartanah


Siapa sangka, walaupun kini Maya Karin kurang muncul menerusi lakonan mahupun nyanyian, kini selebriti ini mengakui sedang giat membabitkan diri dalam bidang pelaburan hartanah yang diceburinya – di London.

BACA: Maya Karin Akui Kembali Solo, Berpisah Kerana Tidak Sehaluan

“Sebenarnya, banyak orang mungkin tidak tahu saya mengambil langkah memanfaatkan pendapatan yang saya perolehi menerusi karier seni saya dengan membuat perlaburan hartanah dan menjalankan perniagaan pengubahsuaian”

“Saya laburkan wang saya dengan cara itu dan pulangannya sebagai sumber rezeki saya,” katanya yang bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki untuk menjalani kehidupan walaupun jarang sekali muncul di kaca televisyen mahu pun nyanyian.

Malah lebih menarik lagi, dia membeli rumah dan membuat pengubahsuaian kemudian menjualnya semula yang mana memberi keuntungan sekitar 40 sehingga 50 peratus untuk sebuah rumah sekaligus menjawab mengapa Maya seringkali berulang alik ke London.

Menerusi satu laporan media di sana juga menyatakan yang harga purata bagi sebuah rumah kini sudah meningkat kepada £286,133 bersamaan RM 1,544,308. Memang berbaloi jika sesiapa mampu untuk melabur di sana sebagai sumber pendapatan.

Tahniah kami ucapkan kepada Maya kerana sudah mampu berdiri sendiri malah dalam masa yang sama turut membuktikan bahawa artis dan selebriti juga mampu menjalankan perniagaan dan dalam masa yang sama mengimbangi kerjaya sebagai penghibur. (rtky/s)






                    





                                         

SUMBER MALAYSIAN DIGEST



                
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment