"AMAT MENGEJUTKAN" JULIANA EVANS KIRIMKAN SESUATU PADA ZIZAN DAN BAKAL ISTERINYA?



Biarpun sebelum ini Juliana Evans dan Zizan pernah terkait cerita bahawa mereka menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2011, pasangan di dalam filem Hantu Bonceng dan seterusnya Mael Lambong tersebut kini membawa haluan sendiri.

Diawal permulaan mereka berjauhan dahulu ada juga khabar mengatakan mereka berhubung tetapi setelah sekian lama mereka sudah putus hubungan.

Sejak November lalu Jue pulang ke tanah air, aktres ini mengakui tidak pernah berhubung mahupun berjumpa dengan bekas kekasihnya, Zizan Razak yang kini hangat dibelenggu kontroversi. Malah dia sendiri sudah tidak ambil tahu dan tidak masuk campur urusan yang berkaitan dengan pelawak popular itu.

“Jujurnya, bukannya saya sengaja mengelak atau tidak mahu berjumpa dengannya tetapi kami memang tidak pernah terserempak mahupun bertemu walaupun dalam mana-mana majlis anugerah sebelum ini.

“Walaupun kami pernah rapat sebelum ini, namun, apa sahaja yang berlaku kepada dirinya ketika ini bukan lagi menjadi perkara penting untuk saya ambil tahu lagi.

“Apa yang saya boleh katakan di sini adalah Saya kirimkan doa yang terbaik untuknya dalam apa jua bidang dan perkara yang dilakukannya termasuk perkahwinannya,” tuturnya dengan berhati-hati kerana bimbang tersalah memberikan kenyataan mengenai bekas kekasihnya itu.

Pelakon berusia 26 tahun ini berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis pelancaran filem Bella & Jamie di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, di sini, minggu lalu.

Ditanya tentang hal peribadi pemilik nama penuh Juliana Sophie Johari Evans ini berkata bahawa dia tidak mahu memikirkan soal cinta terlebih dahulu sebaliknya mahu terus fokus dengan kerjayanya yang dilihat semakin berkembang.

Jue Evans juga yang kini bernanung dibawah Uprising Entertainment bersyukur kerana diterima kembali sebagai pelakon dan tidak perlu menanti lama untuk mendapat semula tawaran. Banyak tawaran telah diterimanya dan yang terbaru dia baru sahaja habis dengan penggambaran untuk siri Oh! My English musim keempat dan tidak lama lagi akan terlibat dalam produksi di Amerika Syarikat.

“Tetapi, sebaliknya pula yang berlaku. Saya sendiri pun memang tidak ada perancangan untuk berehat selepas pulang dari AS. Apa yang saya mahu adalah untuk terus bekerja,” kata artis naungan Uprising Entertainment ini yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk siri Oh! My English musim keempat.
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment