Hans Isaac Sedang Berpandangan Dengan Neelofa ! Ada Apa -Apa Ke Diaorang Berdua Tu ?






Kehadiran Hans Isaac dalam rancangan MeleTOP baru-baru ini ternyata membuatkan hati yang
pernah bertaut sebelum ini kembali bertemu namun Hans semahunya mahu mengelak bertentang mata dengan Neelofa dan bersikap profesional dalam rancangan tersebut.
Menurut Hans, punca utama dia kelihatan kekok dalam rancangan tersebut adalah kerana dia seboleh-bolehnya tidak mahu bertentang mata dengan Neelofa kerana mahu mengelak menjadi bahan usikan Nabil dan rakan-rakan yang lain ketika di rancangan tersebut
“Sepanjang temubual tempoh hari saya selesa cuma mungkin saya nampak seperti mengelak daripada memandang dia kerana setiap kali saya pandangnya, tak semena-mena saya rasa mahu ketawa”
“Lagipun, sebenarnya saya mahu mengelak daripada jadi bahan usikan Nabil, sebab saya dapat rasa Nabil dan teman lain yang ada di situ ketika itu mesti cari peluang nak mengusik kami,” katanya yang kini sibuk dengan pementasan Lawak Ke Der 2015.
Lebih menarik lagi, Hans juga mengakui kini dirinya sedang mengenali seseorang namun masih ingin berahsia terlebih dahulu sebelum mendedahkan kepada orang ramai mengenai perkara tersebut.
“Saya sedang mengenali seseorang. Itu saja yang saya boleh katakan selebihnya saya tidak mahu dedahkan. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya tidak mahu lagi terlalu berkongsi mengenai hubungan cinta. Saya tidak berbohong dan benar saya sedang kenali seseorang,” katanya.

Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment