PANASA!!! Mak Jemah Buat Santapan Anak Saudara Sendiri











Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal berusia 46 tahun mendakwa menjadi mangsa nafsu buas anak saudara lelakinya sendiri berusia 22 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di ibu negara, kelmarin.

Lebih mengejutkan, suspek turut membawa rakannya untuk merogol mangsa selain merakam gambar bogel mangsa untuk simpanannya serta mengugut mangsa untuk terus melayan nafsunya jika tidak mahu gambar bogel berkenaan disebarkan.

Menceritakan semula kejadian malang itu, mangsa dikenali sebagai Siti, seorang pekerja am berkata, dia tinggal serumah dengan anak saudaranya itu sejak kematian suami dua tahun lalu tidak pernah menyangka anak saudaranya itu tergamak melakukan perbuatan itu terhadapnya.

Menurutnya, anak saudaranya itu dipelihara seperti anak sendiri.

“Bagaimanapun, minggu lalu, saya menemui klip video lucah dalam telefon bimbitnya dan apabila ditegur dia marah kepada saya sebelum hanya mendiamkan diri selepas itu.

“Kelmarin, ketika kami berdua sedang menonton televisyen di rumah, dia yang baru pulang selepas melepak bersama rakan-rakannya tiba-tiba meminta maaf dengan saya atas kelakuannya tempoh hari sebelummembawa air minuman berkarbonat untuk saya,” katanya.

Katanya, selepas meminum air yang diberikan anak saudaranya itu, tiba-tiba dia berasa pening sebelum tidak sedarkan diri dan apabila tersedar selepas beberapa jam selepas itu mendapati dirinya berada di sebuah rumah lain dan lebih mengejutkan, dia turut tidur bersama anak saudaranya serta rakan lelakinya.

“Ketika itu, baru saya sedar menjadi mangsa nafsu buas kedua-dua lelaki itu dan apabila saya memarahinya, dia menunjukkan gambar bogel saya yang dirakam ketika saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Dia turut mengugut saya supaya melayan nafsunya lagi jika tidak mahu dicederakan dan bimbang dengan keselamatan diri, saya membuat aduan di Balai Polis Salak Selatan,” katanya.
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment