Siapakah Perempuan Disebelah Akomustapha? Terpaksa Berkahwin Denganya!
Terpaksa Kahwin Dengan Ako Mustapha?
Pertemuan yang tidak dijangka, berkahwin pun tidak dijangka. Itulah yang dialami oleh Kartina Abdullah bila bercerita tentang perkahwinannya bersama dengan pelakon kacak, Ako Mustapha.
Membuka cerita pertemuan mereka, segalanya berlaku secara kebetulan. Detik pertama pertemuannya adalah ketika dia menghadiri sambutan hari jadi seorang rakan.
“Kali pertama bertemu kami hanya berkenalan begitu sahaja. Kali kedua berjumpa kami terserempak ketika hendak pergi makan. Saya terkejut kerana dia masih mengingati saya. Selepas itu kami bertemu lagi, juga di majlis hari jadi rakan saya dan kali ini kami bertukar nombor telefon.
“Bermula daripada situ yang kami mula mesej antara satu sama lain. Tetapi ketika itu hanya di peringkat sebagai rakan sahaja dan tidak serius,” jelasnya. Tambah Kartina, dua bulan selepas itu, Ako mengajaknya untuk makan di sebuah restoran yang turut dihadiri oleh rakan-rakannya.
“Ketika itu, dia cakap pada saya yang dia cintakan saya. Dia perkenalkan saya sebagai teman wanitanya kepada rakan-rakan dia. “Ketika itu saya memang tercengang, tetapi dia cakap dia serius. Selepas itu kami ada keluar lagi tetapi tidak selalu ekoran jadual pengambaran ketika itu,” ujarnya. Ketika itu, Kartina masih menganggap Ako sebagai seorang rakan dan tidak lebih daripada itu, biarpun Ako sudah memberi petunjuk rasa hatinya kepada wanita itu. Ako tekad untuk melamar Kartina ketika itu.
Dia memberi alasan untuk berjalan-jalan di Sabah dan mahu menginap di rumah keluarga Kartina di Sandakan, Sabah. Kedatangan Ako sebenarnya bukanlah sekadar suka-suka. Sebaliknya dengan tujuan yang ikhlas untuk meminang Kartina walhal wanita itu langsung tidak mengetahui tentang perkara itu. “Dua hari dia berada di rumah saya, dia bertemu dengan ayah dan beritahu yang dia mahu meminang saya. “Selama dua hari itu dia mengambil hati keluarga sehingga ayah saya setuju.
Tetapi saya ketika itu masih berbelah bahagi. “Malah, saya menangis ketika mengetahui yang dia mengambil keputusan untuk bernikah dengan saya tanpa memberitahu terlebih dahulu,” ujarnya. Kartina ketika itu masih tidak jelas dengan hubungannya dengan Ako apatah lagi mahu menjadi suri dalam kehidupan lelaki itu. Berkali-kali dia cuba untuk memutuskan hubungan. Malah, sehingga hari mahu diakad nikah, dia ada meminta mahu hubungan itu diputuskan.
“Saya ini jenis yang kalau ayah sudah suka, maka saya akan terima sahaja. Tetapi dengan Ako, ia terlalu mengejut dan saya sendiri belum bersedia. Bila saya hendak putus, ahli keluarga saya tidak setuju pula. Bapa saudara saya terutamanya beritahu, jika saya berkahwin selain daripada Ako, maka dia tidak akan terlibat dengan perkahwinan saya. “Ako ini pandai sebab dia sudah ambil hati keluarga saya terlebih dahulu dan seabab itu saya berkahwin dengan dia,” jelasnya.
Walaupun berkahwin dalam keadaan terpaksa, hakikatnya rumah tangga mereka kini sudah berusia enam tahun. Pasangan ini bertambah bahagia dengan kurniaan dua anak perempuan, Merissa Tempawan, 5 dan Myra Fatimah, 3 tahun. Dengan dia saya selamat Ako sedikit kekok untuk bercerita perihal rumah tangganya. Rasa malu meninggi untuk berkongsi sesuatu yang romantis barangkali.
Menurut Ako, satu perkara yang dia cukup hormat dengan isterinya ialah bagaimana wanita itu tidak berbicara perkara buruk mengenainya. “Sepanjang berkahwin, dia tidak pernah memburukkan saya. Kalau ada pun dia akan bercakap di hadapan saya.
“Dia akan beritahu saya secara berhadapan supaya perkara itu jelas. Itu yang bila saya bersama dengan dia, rasa akan lebih selamat,” jelasnya. Tiada erti bahagia di awal perkahwinan. Itu antara kata-kata awal yang bermain di fikiran Kartina tatkala memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ako Mustapha. Katanya, dia hanya mengambil masa untuk mengenali suaminya itu selama setahun sebelum bertunang dan kemudian melangsungkan pekahwinan pada 17 Januari 2009.
“Masa mula-mula berkahwin memang tidak selesa. Saya jarang bertemu dengan Ako masa bertunang. Kalau jumpa pun tiga bulan sekali sebab jadual penggambaran dia yang padat. “Itu yang bila berkahwin, saya seperti terkena kejutan budaya. Kalau nak kata bahagia macam dalam cerita dongeng itu, memang tidak ada.
Sampailah kini. “Apatah lagi sehingga kini kami masih lagi mengenali antara satu sama lain. Tapi dalam tidak bahagia itu, dapat juga dua anak,” katanya berseloroh. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagu hubungan suami isteri. Kartina mengakui, antara dia dan Ako sering saja berselisih faham. Tetapi, selisih faham itu yang sebenarnya mengeratkan lagi hubungan mereka. Daripada situ mereka sedar kekurangan masing-masing dan cuba membaiki apa yang kurang. “Kalau nak cakap kami serasi, memang tidak.
Tetapi itulah cabaran yang mewarnakan lagi rumah tangga. Daripada situ yang kita belajar tolak ansur antara satu sama lain,” jelasnya. Menariknya tentang Ako yang sempat dikongsi Kartina ialah sifat yang digelarnya sebagai suami mithali. “Masa saya pantang, Ako yang menjaga. Dia sendiri pergi belajar macam mana mahu mengurut. Apa yang saya minta, semua dia buat. “Sampaikan kini, kalau anak-anak tahu Ako ada di rumah, mereka lebih selesa kalau bapanya yang buatkan susu, mandikan atau tukar lampin,” jelasnya.
0 comments:
Post a Comment