Panasss!! Gadis Melayu Yang Memeluk Artis K-POP Kini Didenda...










KUALA LUMPUR, (MLP) – Sesi bertemu peminat kumpulan B1A4 dari Korea Selatan pada Sabtu minggu lalu berakhir dengan kecaman pelbagai pihak apabila tersebarnya gambar empat gadis bertudung berpelakuan tidak senonoh di atas pentas.


Gadis-gadis berkenaan terpilih untuk naik ke pentas dan melakonkan adegan yang agak romantik meskipun sudah ditanya terlebih dahulu kerelaan mereka oleh pihak penganjur.


Semalam, beberapa keping gambar mengenai ibu kepada salah seorang gadis itu yang kelihatan amat kecewa dengan perbuatan anaknya menjadi viral di laman media.


Tidak berhenti setakat itu, kontroversi aksi panas tersebut semakin memuncak apabila pihak berkuasa dijangka mengambil tindakan tegas walaupun penganjur telah menyatakan permohonan maaf semalam.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan terhadap pihak penganjur.


Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan ekoran kejadian itu dilihat mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia.


"Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29, Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 599) Perbuatan tidak sopan di tempat awam. Mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan," ujarnya.


Menurut Paimuzi, akta itu menjelaskan individu yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah menjadi satu kesalahan.


"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," terang Paimuzi.


JAWI akan melakukan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti dan keterangan yang mencukupi.
Share on Google Plus

About MJ

0 comments:

Post a Comment