Pejam celik pejam celik dah hari Khamis, esok Jumaat selepas itu cuti lagi kan? Teruna juga yang jemu duduk dirumah melayari berita terkini hiburan sensasi para artis di tanahair tercinta ini. Nak tengok Maharaja Lawak Mega pun dah habis, Kilauan Emas bila nak mula ya?
Tahniah kepada Johan kerana menjadi johan membawa pulang anugerah pada malam Anugerah MeleTOP Era (AME)2015 minggu lalu. Orang rindu dengan keletah Johan kot, asyik muka sama keluar televisyen orang jemu juga kan?
Tengok Ayda Jebat bukan main lagi dia nak diciumkan semua orang #muahciked katanya kan. Duta Aura White kan selalu gadis yang panas dan sensasi, oops! Terus tapau balik gelaran Artis Top Top MeleTOP Wanita kan, harus #muahbanyak lepas ini.
Terpesong pula mukadimah, sebenarnya Teruna nak tanya pendapat pembaca Teruna tentang Anugerah MeleTOP 2015 juga. Pasal pakaian pengacaranya yang HijabisTOP gitu, siapa lagi cik adik manis Neelofa kitalah.
Harus diingat tahun lalu dia dikecam hebat kerana baju yang satu itu. Tak mahulah sebut lagi, nanti orang kata Murai Batu sengaja malukan Lofa. Jadi untuk peluang kedua ini berjayakah Lofa memadamkan rekod buruk di AME tahun lalu?
Teruna ingat okay lah sebab tiada sebarang bunyi bunyian kurang enak didengar dalam timeline media sosial sepanjang acara berlangsung. Tetapi sebenarnya banglo yang dah siap, pahat masih berbunyi kaedahnya.
Biasalah mulut manusia mana boleh tutup, pasti ada sahaja pandangan yang ingin dilontarkan dan diutarakan. Silap lontar dah terkena kat Neelofa yang nampaknya bengang bila ada pihak kritik tentang penampilannya serta artis lain yang datang ke AME 2015.
Walaupun dipahamkan bahawa individu yang sekadar hanya mengutarakan pandangan peribadi itu merupakan kenalannya tapi dia telah dibahasakan oleh cek mek molek Lofa di dalam Instagram. Boleh tahan juga Lofa, tegas mempertahankan pendirian mengenai baju yang ditempah dengan pereka Fiziwoo tersebut, Teruna salute.
Tetapi kalau dilihat dari sudut lain pula Lofa dilihat melenting dan tidak boleh menerima pandangan daripada orang yang pada tafsirannya tidak layak mengkritik bajunya pada malam itu. Pembaca pula apa pandangan anda?
Rasanya cukuplah untuk hari ini dari Teruna , tiba-tiba takut pula rasanya nanti dilontar batu. Baik Teruna terbang dulu!
0 comments:
Post a Comment